PTPTN benar tangguh bayaran pinjaman selama tiga bulan

Iklan
PTPTN memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 Jun 2020.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam berkuat kuasa serta-merta bermula semalam sehingga 30 Jun 2020.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh tersebut sebanyak RM375 juta.

Iklan
Iklan

"PTPTN merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, (Menteri Kanan - Menteri Pertahanan) berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada 19 Mac 2020.

"Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian careline di 03-21933000 yang beroperasi pada Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, PTPTN sentiasa prihatin, peka dan mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam.

Iklan