ALOR SETAR - Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 26 Mac, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, penangguhan itu berikutan perintah kawalan pergerakan dalam menangani penularan koronavirus (Covid-19) yang dilaksanakan di seluruh negara hingga 31 Mac depan.