Affin Bank, Affin Islamic tawar bantuan kewangan Covid-19

Iklan

KUALA LUMPUR - Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd akan menawarkan bantuan pelepasan kewangan yang komprehensif untuk pelanggan yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19).

Ia bertujuan mengurangkan beban kewangan pelanggan yang terpaksa menanggung ketidakpastian pasaran dan kesusahan kewangan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

"Kami komited untuk meneruskan sokongan kepada para pelanggan yang telah memilih kami sebagai rakan perbankan pilihan mereka dengan meringankan mereka daripada kesusahan dalam saat-saat yang mencabar ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Untuk pelanggan runcit, bank akan menyediakan moratorium sehingga enam bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

Iklan

Bagi pelanggan perbankan korporat, bank akan memberikan kelegaan sementara kepada pelanggan terjejas yang layak seperti yang termaktub dalam Garis Panduan Risiko Kredit Bank Negara Malaysia dan permintaan tersebut akan tertakluk kepada kelulusan dalaman dan usaha wajar kredit.

Bantuan tersebut mungkin merangkumi penjadualan dan penyusunan semula seperti pemberian moratorium ke atas pinjaman/pembiayaan termasuk pembayaran balik sehingga enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat.

Iklan

Maklumat lanjut boleh didapati dari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my.

Bank juga menggalakkan pelanggan untuk melakukan transaksi perbankan melalui platform dalam talian di www.affinonline.com bagi memudahkan transaksi.

Semua cawangan akan kekal dibuka seperti biasa.

Untuk keselamatan dan kesihatan pelanggan termasuk pekerja, bank akan mengambil langkah berjaga-jaga seperti saringan suhu untuk semua pelanggan. - Bernama