Pengecualian sumbangan di Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan

Iklan
Seorang kanak-kanak berdiri di balkoni rumahnya sambil meninjau keadaan persekitaran setelah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan di ibu kota hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique semalam mengumumkan pengecualian sumbangan oleh ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara bagi tempoh Mac hingga Jun ini.

Beliau berkata, pengecualian sumbangan itu melibatkan 1,781 buah Tabika Perpaduan dengan jumlah murid seramai 37,855 orang dan 41 buah Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak seramai 972 orang.

Iklan
Iklan

"Semoga pengecualian ini dapat mengurangkan beban ibu bapa dan penjaga dalam menghadapi masa sukar penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Halimah juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau dan mengadakan aktiviti bersama anak-anak serta mematuhi arahan kerajaan supaya meminimumkan pergerakan di luar rumah. - Bernama

Iklan
Iklan