KANGAR - Jabatan Kesihatan Negeri Perlis hari ini mengesahkan seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar didapati positif koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air pada 8 Mac.