Indonesia tutup kemasukan pelawat asing mulai esok

Iklan
Kerajaan Indonesia menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa esok bagi menghalang penularan wabak Covid-19. - Foto 123RF

JAKARTA - Kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa esok.

Menteri Luar, Retno Marsudi dalam kenyataan hari ini berkata, Visa Bebas Kunjungan (BVK), Visa Ketibaan (VOA) dan Visa Bebas Diplomatik/Perkhidmatan untuk warga asing ditangguhkan selama sebulan.

Iklan
Iklan

Susulan langkah tambahan tersebut, beliau berkata, pelawat warga asing yang akan berkunjung ke Indonesia diwajibkan mempunyai visa dari perwakilan Indonesia di negara masing-masing dengan menyatakan maksud dan tujuan lawatan tersebut.

Selain itu, katanya, semasa memohon visa, mereka perlu melampirkan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara masing-masing.

Iklan
Iklan

Retno berkata, peraturan itu akan dikaji semula mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa. - Bernama