Ayuh bantu kerajaan putuskan rangkaian Covid-19

Iklan
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik barangan keperluan asas kerana terpengaruh dengan kenyataan tidak benar yang tular di media sosial. -Foto Bernama

SEBELUM Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin lalu, tular di media sosial mengenai gelagat orang ramai membanjiri pasar raya untuk membuat pembelian panik kononnya kerajaan akan melaksanakan lockdown.

Masing-masing berbelanja sakan persisnya macam nak sambut hari raya.

Iklan
Iklan

Kesannya, mereka yang melihat kejadian tersebut terpengaruh langsung ikut sekali menyertai kumpulan panic buying itu khususnya di Lembah Klang.

Sehari selepas Muhyiddin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020, media sosial sekali lagi tular dengan gambar orang ramai menyerbu balai polis untuk meminta kebenaran pulang ke kampung masing-masing.

Iklan

Melihat respons di media sosial, ramai memberitahu mereka tidak faham dengan arahan dikeluarkan, malah ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana gagal menangani masalah dihadapi sekarang. Justeru, mereka bimbang apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mereka tidak mempunyai makanan atau terdedah kepada virus.

Kalau hendak diikutkan, dah bermacam-macam usaha kerajaan lakukan untuk tangani masalah penularan pandemik itu bermula dengan pengumuman pakej rangsangan ekonomi sampailah ke pesanan khidmat masyarakat berhubung penjagaan diri. Itu tidak termasuk usaha Kementerian Kesihatan dan kakitangannya yang berhempas pulas memberi penerangan mengenai bahaya pandemik.

Iklan

Tapi bila kes meningkat, rakyat terus tuding jari kepada kerajaan. Berbondong-bondong mereka lempar batu sembunyi tangan dalam media sosial. Bila kerajaan nasihat, tidak ada siapa yang dengar. Hanya segelintir yang peka dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Merak Jalanan berharap kita dapat membantu kerajaan menangani Covid-19 dengan memutuskan rangkaian jangkitannya.