Peluang Malaysia cerah ke final

Iklan
Abdul Rahim

MALAYSIA memiliki peluang cerah untuk mara ke pentas akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila beberapa pasukan handalan termasuk juara dunia Belgium, Belanda dan juara 10 kali, Australia tidak menyertai kejohanan edisi ke-28 itu.

Pengerusi jawatankuasa pengelola kejohanan, Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, kesempatan berkenaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya skuad The Speedy Tigers bagi melakar kejayaan sulung kejohanan yang bakal berlangsung mulai 23 sehingga 30 Mac ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, skuad negara masih perlu berwaspada dengan kehadiran skuad juara Sukan Asia yang juga pasukan ranking ke-18 dunia Jepun selain India yang menduduki ranking kelima dunia ketika ini.

"Banyak pasukan handalan dunia tidak menyertai kejohanan kali ini kerana terlibat dengan World Pro-League anjuran Persekutuan Hoki Dunia (FIH), mulai 19 Januari hingga 30 Jun 2019.

Iklan

"Justeru, peluang ini perlu dimanfaatkan skuad negara untuk mara ke final dan seterusnya mencipta sejarah muncul juara kejohanan buat kali pertama,” katanya pada sidang media berhubung kejohanan berkenaan di Hotel Impiana, petang tadi.

Selain Jepun dan India, kejohanan edisi ke-28 kali ini juga bakal menampilkan pasukan di ranking kesepuluh dunia, Kanada, Afrika Selatan (16) dan Korea (17).

Iklan

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, kejohanan kali ini juga menyaksikan ulangan perlawanan akhir antara Malaysia dan Jepun pada Sukan Asia Palembang tahun lalu.