Tiada hebahan tambahan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan- Ayob Khan

Iklan
Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU- Polis Johor menafikan ada mengeluarkan beberapa arahan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan tempoh operasi antaranya kedai makan dan stesen minyak di negeri ini seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan apa yang dibaca di dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat itu sebelum membuat sebarang pandangan mengenai isu berkenaan ataupun memanjangkan mesej tersebut kepada orang lain.

Iklan
Iklan

"Kami mengesahkan telah menerima maklumat berkaitan dengan penularan satu hebahan yang tidak benar melalui media sosial. Hebahan yang tidak benar itu memperihalkan beberapa arahan yang langsung tidak dikeluarkan oleh Ketua Polis Johor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung beberapa arahan kononnya oleh Ayob Khan antaranya semua kedai makan di negeri ini tidak dibenarkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi termasuk kaunter pandu lalu selain semua stesen minyak dan kedai serbaneka 24 jam termasuk 7-Eleven turut diarah ditutup mulai waktu sama.

Iklan

Ayob Khan berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial untuk mengeluarkan mana-mana berita ataupun pemakluman yang tidak benar.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan berita tidak benar mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-Bernama

Iklan