Lima polis cedera dirempuh lori ketika operasi Covid-19

Iklan
Kenderaan polis yang rosak dirempuh sebuah lori di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai dan empat anggota polis cedera dirempuh sebuah lori semasa melakukan sekatan jalan raya Operasi Covid-19 di Jalan Syed Putra di sini tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku semasa pegawai dan anggota terbabit hendak menutup operasi sekatan jalan raya untuk melakukan rondaan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 45 tahun itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sekatan jalan raya, kereta peronda dan motosikal anggota polis terbabit.

"Pelanggaran itu turut menyebabkan seorang pegawai berpangkat Inspektor dan empat anggota berpangkat Koperal, Lans Koperal serta Konstabel cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kesemua mangsa dari JSPT Kuala Lumpur itu kini dirawat di zon Hijau dan kuning HKL.

"Siasatan masih dijalankan dan pemandu lori itu telah ditahan untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan
Sebuah lori yang hilang kawalan melanggar pegawai dan anggota polis yang menjalankan Operasi Covid-19 di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur tengah malam tadi.