Tiada pemotongan elektrik, perkhidmatan utama masih beroperasi: TNB

Iklan
Roslan Ab Rahman

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan jaminan bahawa perkhidmatan terbaik akan diberikan sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan memastikan penjanaan tenaga oleh stesen jana kuasanya beroperasi dengan lancar.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman berkata, selain penjanaan, warga kerja teknikal TNB yang terlibat secara langsung dalam klasifikasi perkhidmatan kritikal juga akan terus bekerja bagi memastikan semua pengguna mendapat perkhidmatan dan bekalan elektrik yang berterusan serta stabil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka termasuklah anggota kerja teknikal di bahagian grid serta pembahagian elektrik, kerja penyambungan dan pemulihan bekalan.

"Operasi kritikal lain yang turut beroperasi adalah perkhidmatan pelanggan TNB CareLine, kawalan keselamatan dan fasiliti janakuasa bergerak.

Iklan

"Manakala pembacaan meter TNB dan operasi Kedai Tenaga di seluruh negara juga dihentikan untuk menjaga kepentingan orang awam dan warga kerja TNB terlibat. Untuk sebarang urusan transaksi, pengguna dinasihatkan menggunakan kemudahan transaksi dalam talian, antaranya menerusi portal dan aplikasi myTNB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roslan berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diadakan, aktiviti pemotongan bekalan elektrik akan ditangguhkan.

Iklan

"Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454, Facebook TNB CareLine. Layanan dan tindakan sewajarnya akan diambil TNB,” katanya.