SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya bermula semalam setelah empat tahun tidak aktif di laman sosial tersebut.
Beliau memulakan ciapan pertama dengan kapsyen, #dudukrumah #stayhome dan hari ini memuat naik video hentikan penularan koronavirus (Covid-19).
Berita gembira itu disambut baik netizen yang beranggapan ia salah satu platform terbaik untuk mereka mendapatkan maklumat terutama perkembangan jangkitan wabak Covid-19.
Selain itu, rata-rata pengguna Twitter juga gembira kerana mereka dapat mengikut perkembangan semasa Perdana Menteri yang cukup dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
Pengguna Twitter yang menggunakan nama @svkxskvi menciap ucapan 'Selamat datang ke twitland Tan Sri!'.
Kata @subppbmag pula,"Selamat kembali! Kali terakhir ciap pada 27 Februari 2016".
Manakala @aqilah mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertugas dalam membendung wabak Covid-19.
"Jasa anda tidak mampu kami balas, insya-ALLAH balasan pahala yang kamu dapat," katanya.
Ujar @pija pula,"Punya la degil rakyat Malaysia, sampai PM aktifkan akaun Twitter beliau. Tolong la ba, kamurang dingar cakap ini PM."
Dalam pada itu ada juga netizen menyuarakan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan dan berdoa kesejahteraan negara.