Beli undi: Kena husnuzon, kata Syed Saddiq

Iklan
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berucap pada sesi Dialog Bersama Belia-Belia Tanah Tinggi di Padang Golf Tanah Tinggi hari ini. - Foto Bernama

TANAH RATA - Sebarang dakwaan pembelian undi oleh mana-mana pihak pada PRK Cameron Highlands harus diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kedua-duanya kini adalah badan bebas dan merupakan penimbang tara terbaik dalam isu tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagi saya sendiri cukup dengan ‘husnuzon dan bersangka baik’... serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media selepas mengadakan dialog dengan golongan muda Cameron Highlands, di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: PH nafi beli undi]

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: 'PH tak pernah beri duit kepada sesiapa']

Baru-baru ini tular menerusi media sosial gambar seorang wanita berbaju merah dengan logo PH menyerahkan wang tunai kepada orang ramai pada satu kempen pilihan raya yang didakwa oleh pemimpin Barisan Nasional sebagai pembelian undi oleh parti memerintah.

Iklan

Dakwaan itu disanggah oleh PH yang menyatakan wanita tersebut menyerahkan bayaran duit minyak kepada anggota parti yang datang menggunakan pengangkutan sendiri semasa hari penamaan calon.

Syed Saddiq yang memandu sendiri kereta Honda City miliknya tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah Brinchang bagi menghadiri program pertama beliau sebelum meneruskan dengan beberapa acara lain bersama pengundi Cameron Highlands hari ini.

"Saya datang ke sini sebagai ahli politik dan saya nak pastikan jentera kerajaan tidak digunakan dalam kempen politik," katanya, menambah beliau mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur untuk tiba di kawasan pelancongan yang terkenal dengan cuaca sejuk itu. - Bernama