Cukup-cukuplah Zuraida!

Iklan
Faizah Ariffin

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dibidas berhubung kenyataannya yang menyebut perkataan 'traitor' (pengkhianat) dan dayus terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu lantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Naib Ketua Wanita PKR, Datin Faizah Ariffin berkata, presiden mempunyai hak dan kuasa yang mutlak di bawah perlembagaan parti yang membolehkan presiden melantik anggota untuk memikul sesuatu jawatan dalam parti.

Iklan
Iklan

Oleh sebab itu, katanya Zuraida perlu berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu terbabit yang dilihat cuba menyerang presiden secara terbuka yang hanya akan memberikan kesan negatif terhadap PKR sendiri.

"Cukup-cukuplah Zuraidah memperlekehkan presiden parti kerana sikap dan pandangan beliau hanya tertumpu kepada pelantikan yang di buat oleh presiden sahaja.

Iklan

"Beliau hanya menutup mata dan memekakkan telinga malah tidak pernah bersuara kepada setiap pelantikan oleh Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha yang mana dengan jelas telah melantik beberapa ketua wanita negeri yang tidak menang pada pemilihan yang lepas sama ada di peringkat cabang mahu pun pusat.

"Contohnya Ketua Wanita Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Sebagai bekas ketua wanita, sepatutnya Zuraidah terlebih dahulu boleh menasihati Haniza namun niat Zuraida memang jelas diketahui umum maksudnya," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Menurutnya, tindakan Zuraida semakin hari juga dilihat tidak memberi sebarang manfaat kepada pergerakan Wanita PKR dan juga parti selain menggambarkan tindakan Zuraida umpama anjing menyalak bukit.

"Apa yang perlu dibuat oleh Zuraida adalah memikirkan masa depan dan memperkuatkan parti untuk masa sekarang dan masa akan datang. Bukan sekadar memperkuatkan pengaruh dikalangan pihak tertentu.

"Zuraida telah diangkat oleh anggota parti bukan untuk memperlekehkan keputusan presiden setiap masa tetapi untuk memikirkan dasar dan kerangka bagi mengangkat martabat anggota dan memperkukuhkan kedudukan parti dalam kolisi PH dan rakyat keseluruhannya," katanya.