Exco Melaka nafi imam maut akibat Covid-19

Iklan
Rahmad ketika menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Kompleks Seri Negeri di sini, Ayer Keroh, hari ini.

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri menafikan dakwaan tular di aplikasi WhatApss yang mengatakan seorang imam dari negeri ini meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19).

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Rahmad Mariman berkata, berdasarkan data yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) tiada sebarang kematian akibat Covid-19 di negeri ini sekali gus menepis berita yang tidak benar.

Iklan
Iklan

"Saya nafikan apa yang tular di WhatsApp dan setakat ini memang tidak ada kematian di Melaka dan berita itu adalah palsu.

"Berita yang tular di Whatsapp ini sebenarnya boleh dibaca, tetapi jangan sesekali menjadikannya sebagai sumber maklumat," katanya ketika ditemui pada sesi saringan kesihatan Covid-19 dalam kalangan EXCO Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini, Ayer Keroh hari ini.

Iklan
Rahmad

Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, masyarakat boleh mendapatkan maklumat tepat melalui saluran yang betul seperti KKM.

"Saya menyeru rakyat negeri ini tidak mudah mempercayai berita yang tular dan tidak menyebarkannya kerana perkara seperti ini hanya akan membuatkan orang ramai lebih panik," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp kononnya seorang imam di Bukit Larang, Telok Mas meninggal dunia akibat Covid-19.