USM pastikan kebajikan penuntut di kampus
Iklan
Universiti Sains Malaysia (USM) - Foto Sumber Internet
GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) akan memastikan kebajikan semua penuntut di kampus diberi keutamaan malah mereka dibekalkan makanan yang mencukupi setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut sumber USM, kesemua penuntut yang tidak pulang ke kampung berada dalam keadaan baik dan selesa walaupun mereka diarahkan untuk tinggal di asrama masing-masing.
Iklan
Iklan
Katanya, pengurusan USM juga menyediakan bilik gerakan khas kepada penuntut yang berdepan sebarang masalah sepanjang tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
"Setakat ini semuanya dalam keadaan baik malah mereka (penuntut) mendapat makanan mencukupi setiap hari yang disediakan oleh pihak universiti.
Iklan
"Selain itu, kedai runcit dan kafe juga dibuka di dalam kawasan asrama penuntut, namun mereka hanya dibenarkan untuk membungkus makanan dan makan di kediaman masing-masing," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, USM memutuskan untuk mengadakan anjakan cuti pertengahan semester (yang asalnya 6 hingga 12 April) lebih awal kepada 30 Mac hingga 5 April.
Iklan
Selain itu, USM juga akan memulakan proses dekontaminasi kendiri untuk kesemua kampus secara berperingkat demi memastikan kebersihan dan keselamatan warga kampus.
"Semua warga kampus diharap bersabar dalam keadaan getir ini dan bersatu hati dalam mengharungi penularan wabak ini.
"Semua inisiatif ini dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga dan kawalan persekitaran selama tiga minggu supaya wabak koronavirus (Covid-19) tidak merebak dan sebagai langkah tanggungjawab sosial, pengawalan penularan dan pengasingan sosial yang diamalkan oleh pihak universiti," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam