[VIDEO] Gara-gara Covid-19, nikah jarak 1 meter tular

Iklan
Video tersebut tular di laman sosial hingga menjadi bualan hangat netizen. - Foto Facebook Zulaiha Roslee

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tular video yang memaparkan seorang jurunikah menikahkan pasangan pengantin di sebuah rumah dengan berdiri dengan jarak satu meter.

Video berdurasi 1minit 15 saat yang dimuat naik di laman sosial itu menunjukkan pengantin lelaki dan perempuan lengkap berpakaian sedondon serba putih bersama beberapa individu berada di luar pagar dipercayai rumah jurunikah.

Iklan
Iklan

Jurunikah dilihat memulakan majlis dengan lafaz akad nikah sebelum pengantin melafazkan terima (ijab) nikah disusuli perkataan sah daripada saksi yang hadir.

Pengantin lelaki juga mengekalkan jarak satu meter untuk bacaan taklik kepada pasangannya.

Iklan

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini bagi mengekang penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, video yang menjadi bualan hangat netizen itu tidak dapat dipastikan lokasi majlis tersebut berlangsung tetapi mereka mendoakan mempelai bahagia hingga ke jannah.

Iklan

Kata Zulaiha Roslee di Facebook miliknya,"Tahniah kepada pasangan pengantin. Selamat pengantin baharu semoga berkekalan hingga akhir hayat. Dan tahniah juga mematuhi arahan kerajaan. Nikah, nikah juga. Jarak satu meter kena jaga."

Tambah Norzam pula,"Alhamdulillah, buat yang wajib."

Ujar Sharayu sidek,"Bab jarak dah ok, yang tok kadi siap duduk dalam pagar tak tahan. Memori manis yang paling unik!."