Tiada kes Covid-19 di cawangan pasar raya Tesco

Iklan
Tesco memberi jaminan kepada pelanggan bahawa cawangan pasar raya itu bebas daripada kes Covid-19. - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Tesco Stores (Malaysia) hari ini menafikan dakwaan kes koronavirus (Covid-19) dikesan di pasar rayanya.

Pengurusan Tesco Stores dalam kenyataannya memaklumkan, Tesco Tanjung Pinang, Tesco Kajang, Tesco Setia Alam, Tesco Kuala Selangor dan Tesco Bukit Beruntung atau lebih dikenali sebagai Tesco Bukit Sentosa selamat untuk dikunjungi.

Kenyataan itu juga menyebut mereka memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tiada kes Covid-19 berlaku di cawangan pasar raya terbabit dan dakwaan berkenaan tidak berasas.

Iklan
Iklan

Justeru, pihak Tesco meminta pelanggan mengikuti laman web Kementerian Kesihatan dan Facebook Tesco untuk mendapatkan penjelasan jika ragu-ragu mengenai kejadian itu.

"Buat pertimbangan bijak jika mendapat maklumat seperti ini," kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut Tesco, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dalam melaksanakan langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja serta pelanggan di setiap cawangannya di seluruh negara.

"Langkah-langkah ini termasuklah pembasmian kuman di troli, bakul membeli-belah, pemegang pintu, kaunter pembayaran keluar, dulang penghantaran dan di kawasan yang dipenuhi pelanggan seperti medan makan dan tandas.

Iklan

"Sekiranya pelanggan mempunyai sebarang keraguan, sila buat panggilan di Talian Bantuan Pelanggan Tesco di 1300 13 1313," kata kenyataan itu lagi.