Organ dalaman, kaki dipercayai milik warga emas diserang buaya

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SARIKEI - Beberapa organ dalaman termasuk jantung dan kaki kanan dipercayai milik lelaki warga emas yang didakwa dibaham buaya di Sungai Mekam, Sare dekat sini semalam telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, penemuan anggota badan itu dilaporkan di antara jam 11.02 pagi dan 11.29 pagi hari ini di tebing Sungai Mekam kira-kira satu kilometer dari jarak lubuk buaya yang dikatakan membaham warga emas berusia 78 tahun, Lingai Rabong.

Iklan
Iklan

"Organ dalaman dan kaki kanan mangsa yang telah dijumpai dalam SAR dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk ke bawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut," katanya dan menambah operasi mengesan anggota badan lain mangsa masih diteruskan.

Lingai dilaporkan keluar rumah seorang diri mencari umbut nipah di tebing sungai itu pada jam 7.30 pagi sebelum beberapa orang penduduk kampung mendakwa ternampak seekor buaya mengheret satu mayat yang dipercayai Lingai menggunakan mulutnya menuju ke tengah sungai.

Iklan
Iklan

Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada anak mangsa yang seterusnya menghubungi pihak polis di sini sebelum satu operasi pencarian yang turut melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung dilancarkan. - Bernama