KOTA BHARU - Pihak Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tidak akan berkompromi dengan sebarang kes salah laku pegawai termasuk insiden tendang tiga motosikal oleh seorang pegawai kanan Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Sabtu lalu.
JTM dalam satu kenyataan rasmi kepada media menyatakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku di hadapan surau institusi terbabit ketika sesi pendaftaran penuntut senior instutusi berkenaan.
Iklan
Iklan
Pihaknya memandang serius perkara itu, justeru pihak jabatan bertindak melakukan siasatan terhadap kes berkenaan dan tindakan sewajarnya diambil ke atas kakitangan berkenaan agar kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.
"Sejak penubuhan JTM, insiden tersebut adalah yang pertama dan tidak pernah berlaku di mana-mana Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) termasuk di ILP Kota Bharu sekali pun sebelum ini.
"Dalam hal ini, JTM ingin menegaskan, walaupun kes seumpamanya adalah kes terpencil, namun pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan kes salah laku pegawai demi menjaga imej dan integriti kesemua 32 ILJTM,” merujuk kenyataan media terbabit.