Pemilik akaun Facebook Jin Teik Loo dicari polis

Iklan
Polis menyiasat pemilik akaun Facebook selepas dipercayai memuat naik gambar dan kenyataan yang menghina agama Islam.

KUALA LUMPUR - Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Jin Teik Loo selepas dipercayai memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kenyataan berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan diterima pihaknya berhubung perkara itu pada jam 6.06 petang, semalam.

Iklan
Iklan

"Kita terima satu laporan di Balai Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Siasatan telah bermula dan usaha mengesan individu yang bertanggungjawab memuat naik kenyataan sedemikian sedang diburu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta-merta.