Tentera dikerah pastikan rakyat patuhi Perintah Berkurung di Itali

Iklan
Tentera Itali menahan seorang wanita yang mahu memasuki negara itu dari Perancis di pintu sempadannya berhampiran bandar Menton, Perancis. - AFP

ROM - Tentera akan memulakan rondaan di jalan-jalan di Itali untuk memastikan rakyat mematuhi perintah 'lockdown', selepas angka korban akibat Covid-19 di negara ini melebihi jumlah kematian di China, lapor agensi berita Anadolu.

Pada Jumaat, Gabenor Lombardy, Attilio Fontana menerima bantuan pasukan tentera untuk dikerahkan di jalan-jalan di Milan, hab kewangan Itali, antara bandar paling teruk terjejas.

Iklan
Iklan

Kawasan lain termasuk selatan Campania, Puglia dan Sicily.

Menteri Pertahanan Itali, Lorenzo Guerini berkata, kira-kira 20,000 askar ditugaskan untuk menjalankan rondaan di Milan sahaja, 114 unit tentera ditempatkan.

Iklan

Hospital dan klinik di Itali dilimpahi dengan ribuan pesakit menyaksikan unit rawatan rapi tidak mampu lagi mengendalikan pesakit yang terlalu ramai.

Awal minggu ini, di bandar Bergamo - ekoran jumlah kematian semakin meningkat pihak berkuasa dan gereja tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mengebumikan mayat.

Iklan

Jumlah kematian pada Khamis lalu melebihi 3,400, mengatasi China - tempat virus itu mula dikesan. Di Lombardy sahaja seramai 2,168 mangsa.- Bernama