WHO aktifkan WhatsApp maklumat terkini Covid-19

Iklan
Paparan Twitter WHO Malaysia, Brunei dan Singapura.

PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) melancarkan perkhidmatan mesej menerusi aplikasi WhatsApp bagi memudahkan orang ramai menerima maklumat terkini wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia.

Menerusi laman web pertubuhan itu, WHO dapat menyampaikan maklumat terus kepada 2 juta individu menerusi perkhidmatan WhatsApp.

Iklan
Iklan

Khidmat pesanan itu akan menyediakan berita dan maklumat terkini mengenai Covid-19 termasuk butiran tentang gejala dan bagaimana dapat melindungi diri mereka dan orang lain.

Perkhidmatan ini juga menyediakan laporan dan statistik terkini membabitkan Covid-19 sekali gus membantu kerajaan melindungi kesihatan populasi mereka.

Iklan

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui pautan di WhatsApp.

Pengguna boleh menaip 'hi' untuk mengaktifkan perbualan dan pihak pengurusan boleh membantu menjawab soalan mereka mengenai Covid-19.

Iklan

Link Twitter-----https://twitter.com/WHOMalaysia/status/1241163745503526912?s=09