Covid-19: Kerajaan Selangor bantu petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh

Iklan
Mohd Khairuddin mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH - Bantuan dan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan disampaikan kerajaan negeri Selangor kepada petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang terlibat dalam operasi memantau dan membuat saringan koronavirus (Covid-19).

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, lawatan dan sumbangan itu sebagai sebagai sokongan kepada petugas kesihatan yang telah dikuarantin sepanjang mereka bertugas.

Iklan
Iklan

"Kelab kakitangan klinik ini menerima sumbangan makanan, minuman dan wang tunai RM2,500. Klinik ini dijadikan pusat bagi pesakit terkena wabak Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Selangor meluluskan satu insentif ‘one-off’ sebanyak RM200 kepada 6,000 petugas dikenal pasti di hospital seluruh negeri ini.

Iklan
Iklan

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 kepada pelbagai golongan merangkumi tujuh inisiatif dengan nilai peruntukan RM127.78 juta.