PARIS - Angka korban akibat Covid-19 di Perancis mencecah 450 orang dengan 78 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan semalam, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut ketua agensi kesihatan Jerome Salomon, jumlah keseluruhan kes sebanyak 12,612 dengan 1,297 pesakit berada dalam keadaan serius dan lebih 50,000 ujian pengesanan dilakukan.