KOTA KINABALU - Sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19, kerajaan Sabah mengeluarkan beberapa larangan baharu hari ini termasuk arahan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin bagi semua individu dari luar negara yang masuk secara terus ke negeri ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, selaras dengan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam, kerajaan negeri akan melaksanakan arahan tersebut bermula esok hingga 31 Mac untuk semua individu yang memasuki negeri ini melalui udara, laut, sungai dan darat
Iklan
Iklan
"Selain itu, arahan dikeluarkan untuk penutupan operasi jeti penumpang awam antara daerah di Kudat, Sipitang, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau
"Penutupan mulai 22 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 kecuali bagi kes-kes kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengarahkan supaya semua daerah mengenakan sekatan jalan raya dengan serta-merta.
"Setakat ini, hanya 17 daerah melakukan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kenderaan yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan