MAIS lancar Tabung Prihatin Covid-19

Iklan
MAIS lancar Tabung Prihatin Covid-19 bantu golongan memerlukan.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan Tabung Prihatin Covid-19 bagi memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan dan mereka yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.

Setiausahanya, Datuk Ahmad Shahir Makhtar berkata, tabung yang dilancarkan hari ini itu bertujuan mengumpul sumbangan dana orang ramai bagi memenuhi keperluan bekalan makanan kepada kakitangan perubatan.

Iklan
Iklan

Selain itu, katanya, sumbangan itu juga dihulur kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggal (IPT) sekitar Lembah Klang serta pelbagai bentuk sumbangan keperluan am berkaitan.

"Sumbangan melalui tabung ini juga bertujuan membeli peralatan perubatan dan membantu mereka yang terkesan atas penularan virus Covid-19," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, orang ramai atau mana-mana pihak yang berhasrat menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui aplikasi atas talian di http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

"Semua sumbangan terhadap Tabung Prihatin Covid-19 MAIS akan mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan nombor rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.5621 dan nombor Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004.

Iklan

"Semoga penularan wabak Covid-19 ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera serta sumbangan yang diberikan akan mendapat ganjaran daripada ALLAH SWT," katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh emailkan ke pro@mais.gov.my atau menghubungi MAIS di talian 019-2647637.