Kisah anak angkat, Aliff Syukri dalam dilema

Iklan

KISAH anak angkat pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri masih belum tamat. Terbaru dia ada mendedahkan mesej peribadi daripada seorang pengguna media sosial yang diberikan kepadanya berkaitan isu anak angkat dan turut dikongsi melalui Instagram (IG) milik penyanyi Abang Nak Tegur itu.

Pengguna itu berkongsi mengenai pengalamannya di dalam menjaga anak angkat, serta tuntutan oleh ibu bapa anak kandung anak angkat yang diambil.

Iklan
Iklan

Perkara ini mula menimbulkan kerisauan kembali kepada Aliff, menerusi ruangan kapsyen, Aliff berkata, jika hal tersebut diketahui awal, dia tidak mahu mengambil anak angkat.

Alif-1

"Kalau tahu macam ini tak nak aku ambil anak anak ini. Banyak modal sudah habis. Siapa tak faham lagi sila baca.

Iklan

"Benda yang sama berlaku pada saya,” tulisnya.

Lalu, keluhan tersebut menerima pelbagai komen dari netizen termasuk rakan selebriti, Abby Abadi yang aktif membantu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat.

Iklan

Katanya, ibu bapa kandung tidak mudah untuk menuntut kembali anak mereka, kecuali atas sebab-sebab tertentu.

"Tak semudah itu nak tuntut tanpa sebab. Kecuali berlaku kes-kes yang membuatkan bayi teraniaya atau apa-apa isu berbangkit, baru si ibu boleh menang.

"Ingat hakim tak tanya ke kenapa bagi? Apa pun, kalau ada dokumen, kena berjuang di mahkamah,” komennya.

Terdahulu, isu mengenai tuntutan kembali anak angkat Aliff Syukri mulai timbul apabila ada pihak yang menganggap salah seorang anak angkatnya, Qayyum tidak dijaga dengan baik.

Perkara tersebut dinafikan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Malah, difahamkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki itu juga dikatakan mahu mengambil seterusnya menjaga kembali anaknya.

Bagaimanapun ramai pengikut Datuk Aliff memberi kata-kata semangat.

"Mana boleh tuntut... Sudah buat surat sumpah... Ingat patung ke nak tuntut... Lagipun sudahlah tidak mampu nak jaga.... Adahati nak tuntut anak itu sudahlah tidak kenal dia. Dia pun tidak mampu beri kasih sayang. Sebab itu dia campak anak dia kat datuk dan perah duit datuk," tulis eimy_starly.

"Nak tuntut... Bayar semua balik... Masa susah menagih simpati... Dah anak membesar dengan baik nak ambil balik," tulis ida_zaryda.

"Sabar datuk, semoga semua urusannya dimudahkan ALLAH," tulis aslegacysamarinda_dewi.

"Setahu saya... Kita sudah bagi anak Kita dekat orang itu... Sudah angkat sumpah bagai, mak kandung boleh tuntut tapi mak kandung Kena bayar baliklah apa datuk sudah bagi dekat Yom (Qayyum)," tulis miss_babyred

Namun mungkin, Datuk Aliff boleh menarik nafas lega apabila membaca pengalaman seorang pengguna ini.

"Maaflah... Saya ada pengalaman buat serahan anak jadi anak angkat... Masa angkat sumpah, pihak mahkamah terangkan saya sebagai ibu kandung hilang hak semua... Kecuali status saya sebagai ibu kandung....Dan saya boleh disaman andai kata saya cuba ingkar perjanjian yang telah dibuat. Jika saya nak tengok anak saya sekali pun saya perlu dapatkan izin dari keluarga angkat... Dan selepas angkat sumpah... Semua bergantung pada ihsan keluarga angkat sama ada izin kan untuk berhubung terus atau terputus hubungan," tulis cik_hafiezza.