Premis perniagaan di Melaka tutup jam 7 malam

Iklan
Anggota polis membuat sekatan jalan raya di Lebuhraya AMJ bagi memantau pergerakan orang ramai susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini. -Foto Bernama

MELAKA TENGAH - Melaka mengarahkan semua premis perniagaan termasuk kedai beroperasi 24jam menutup perniagaan lebih awal dalam usaha mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh dalam satu kenyataan berkata, arahan itu mula berkuatkuasa hari ini hingga tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac ini.

Iklan
Iklan

Menghuraikan lanjut Salhah berkata, semua premis kedai makan termasuk perkhidmatan pandu lalu diminta menutup perniagaan pada jam 7 malam hingga 7 pagi.

"Arahan ini berkuatkuasa termasuk terhadap kedai runcit, kedai- kedai serbaneka yang menjalankan perniagaan 24 jam iaitu 7Eleven dan KK Supermarket supaya menutup premis mereka pada tempoh tersebut. Bagi kedai serbaneka di stesen minyak, ia perlu ditutup pada jam 8 malam sebelum dibenarkan dibuka pada jam 6 pagi.

Iklan

"Hanya perkhidmatan isian minyak dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia ada. Pasar awam pula diarahkan tutup seawal jam 2 petang sebelum dibenarkan dibuka jam 6 pagi," katanya.

Menurut Salhah, semua pasar raya di negeri ini ditutup bermula jam 7 malam manakala semua gerai penjaja termasuk pengendali makanan bergerak (food truck) yang diberi lesen perniagaan, mereka perlu menutup perniagaan seawal jam 6 petang sehingga jam 7 pagi dengan mematuhi garis panduan kesihatan serta keselamatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

Katanya, pelaksanaan tersebut akan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan peniaga mematuhi arahan.