Surat terbuka Macron untuk redakan protes ves kuning

Iklan

PARIS - PERANCIS. Presiden Perancis, Emmanuel Macron meminta rakyat negara itu mengemukakan pandangan terhadap dasar kerajaan sebagai sebahagian daripada inisiatif debat kebangsaan bertujuan menamatkan protes ves kuning yang menggoncang pentadbiran negara itu.

Dalam surat terbuka kepada rakyat Perancis semalam, Macron memohon agar kemarahan ditukar sebagai jalan mencari solusi selain berharap ia dapat menenangkan situasi tegang yang telah berlarutan selama lebih sebulan.

Iklan
Iklan

Rakyat Perancis diminta membincangkan isu seperti pemotongan cukai, perbelanjaan awam, penggunaan referendum dan sebagainya melalui mesyuarat 'town hall' atau soal selidik atas talian.

"Pada saya, tiada isu terselindung, kita mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara, namun sekurang-kurangnya kita tidak takut untuk berbincang," tulis Macron dalam suratnya.

Iklan

Macron juga dijangka akan memberikan kesimpulan beliau dalam tempoh sebulan selepas debat tamat pada 15 Mac kelak.

Dilabel sebagai presiden bagi golongan kaya, Macron menerima tekanan sejak protes tercetus susulan pelan menaikkan harga minyak, walaupun pelan terbabit ditangguhkan, dan dijanjikan kenaikan gaji minimum, namun rakyat masih tidak berpuas hati dan melancarkan protes besar-besaran seluruh negara. - Press TV

Iklan