AMMAN - Siren bergema di seluruh Jordan pada Sabtu menanda bermulanya perintah berkurung bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.
Perintah berkurung itu mula dikuatkuasakan pada 7 pagi waktu tempatan sehingga notis penamatan dikeluarkan.
Mereka yang mengingkari perintah berkurung boleh dipenjara sehingga setahun, menurut tentera Jordan.
Setakat ini, pihak berkuasa melaporkan 85 kes termasuk seorang yang sudah sembuh.
Virus berkenaan yang mula dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, sudah merebak ke sekurang-kurangnya 166 negara dan wilayah dengan lebih 11,000 kematian direkodkan.-Bernama