Kuasa desakan rakyat 'paksa' kerajaan tolak ICERD

Iklan
Noor Hariri Mohamed Nor
KOTA BHARU - Kuasa desakan daripada rakyat telah memaksa kerajaan untuk tidak melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Nor berkata, himpunan yang diadakan baru-baru ini membuktikan Umno, Pas dan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat menolak sebarang agenda PH yang menimbulkan sensitiviti kaum dan agama.

"Bagaimanapun, pada pendapat kami, Himpunan Ummah perlu diteruskan bagi memberi signal kepada kerajaan cacamarba PH untuk mengambil kira pandangan pihak majoriti rakyat sebelum membuat sebarang cadangan dan keputusan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri itu tidak bermakna jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy masih memegang jawatan dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kenyataan ketegangan kaum.