IPOH - Semua prosiding sebutan, majlis sulh dan perbicaraan di Mahkamah Syariah seluruh Perak yang dijadualkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini telah ditangguhkan.
Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syarie negeri, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor berkata, penangguhan itu dibuat sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.