SHAH ALAM - MCA Shah Alam dan Subang menyerahkan sumbangan 3,000 sarung tangan dan 3,000 topeng muka kepada petugas Klinik Kesihatan Bukit Kuda (KKBK), Klang hari ini.
Ketua Pemuda MCA Shah Alam, August Teh berkata, sumbangan itu sangat penting untuk kegunaan doktor dan jururawat bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).