Sinar Harian lancar Tabung Bantuan Frontliners Covid-19

Iklan

SHAH ALAM - Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Operasi Sinar Harian, Farah Hussamuddin berkata, usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan tersebut dalam memerangi Covid-19.

"Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Kami berharap segenap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan.

Iklan
Iklan

"Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025. Bersamalah kita membantu barisan hadapan di seluruh Malaysia, Rakyat Bantu Rakyat #KitalahMalaysia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja),” katanya di sini.