USIM sedia makanan percuma kepada pelajar

Iklan
Makanan dibungkus sebelum diagihkan kepada pelajar.

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyediakan makanan secara percuma kepada 2,518 pelajarnya yang berada di asrama dan tinggal di luar kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Inisiatif itu dilakukan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Kebajikan Siswa (Jaksa).

Iklan
Iklan

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, langkah itu diambil bagi meringankan beban pelajar sekali gus memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan.

Makanan dibungkus sebelum diagihkan kepada pelajar.

"Pelajar yang tinggal di luar kampus atau di rumah sewa kita beri makanan asas seperti beras, sardin dan telur dianggarkan sebanyak 200 bungkus,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, pihaknya turut menyediakan Bilik Gerakan Covid-19 di Pusat Kesihatan Universiti dan kolej kediaman pelajar yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 9 malam.

Beliau berkata, bilik gerakan itu bertujuan membantu dan menyelaraskan pergerakan dan maklumat kepada pelajar.

Iklan

"Kita juga ambil pendekatan buat hebahan apa saja maklumat melalui hebahan rasmi USIM dari semasa ke semasa dan juga medium media sosial.

"Turut dibuka Hotline Bilik Gerakan Covid-19 USIM di talian 06-798612,” katanya.

Selain itu katanya, langkah keselamatan lain dilakukan ialah pemeriksaan dan saringan kesihatan awal kepada semua pelajar di setiap kolej kediaman.

Mohd Rushdan berkata, kemudahan kafeteria dan kedai serbaguna di kolej kediaman turut dibuka seperti biasa dengan menggunakan konsep ‘take away’.