DAP tak jual topeng muka 60 sen

Iklan
Hantaran Cha Kee Chin di Facebook memaklumkan mesej tular DAP jual topeng muka 60 sen adalah palsu.

SEREMBAN - Masyarakat diminta tidak mempercayai maklumat yang mendakwa semua pejabat DAP termasuk di Negeri Sembilan akan menjual topeng muka berharga 60 sen pada hari ini.

Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin berkata, penyebaran maklumat palsu itu yang ditulis dalam bahasa Cina mula dikesan di laman sosial Facebook sejak semalam.

Iklan
Iklan

"Saya sendiri menerima lebih 20 pesanan dari aplikasi WhatsApp oleh pengundi di kawasan Parlimen Rasah yang mahu membeli topeng muka.

"Malah pagi tadi pun ada yang hubungi saya beritahu sudah tunggu di hadapan pejabat saya mahu membeli topeng muka. Tolong jangan percaya maklumat palsu itu kerana ia hanya akan menyusahkan anda,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah turut menguar-uarkan maklumat palsu itu di Facebook peribadinya sebagai makluman orang ramai.

Menurutnya, dakwaan setiap negeri akan menjual 1,000 kotak topeng muka dengan syarat hanya satu kotak bagi seorang pembeli adalah tidak benar.

Iklan

"Kita pun tahu dalam keadaan sekarang di semua tempat kehabisan stok topeng muka kerana permintaan sangat tinggi.

"DAP pun tiada stok topeng muka. Malah tuduhan kata DAP sorok topeng muka kerana ketika Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan dulu beliau sudah peruntukkan RM5 juta untuk beli topeng muka adalah tidak berasas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menasihatkan ahli politik sama ada dari kerajaan atau pembangkang supaya tidak cuba menjadi ‘taiko’ dalam isu koronavirus (Covid-19).

Katanya, ketika ini semua pihak perlu bekerjasama kerana negara kini berhadapan tempoh kritikal.

"Ini bukan masanya mahu mencari publisiti untuk tunjuk dia hebat kerana apa yang melanda negara sekarang libatkan nyawa dan tiada kompromi,” katanya.