Rakyat kita terkandas di Uzbekistan selamat tiba malam tadi

Iklan
Kamarudin Jaffar

SHAH ALAM - Seramai 212 rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9 malam tadi.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19, Kementerian Luar Negeri berkata, mereka telah berlepas menerusi penerbangan Uzbekistan Airways yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Uzbekistan semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pesawat itu juga telah digunakan untuk membawa pulang sekitar 200 rakyat Uzbekistan yang terkandas di Malaysia pada hari yang sama pada jam 11.30 malam di bawah penyelarasan Kedutaan Besar Uzbekistan di Kuala Lumpur.

"Kerajaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Uzbekistan atas inisiatif serta bantuan yang dihulurkan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Malaysia amat prihatin dan sentiasa memantau secara rapat perkembangan rakyat Malaysia di luar negara melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia bagi memastikan semua yang terkandas di luar negara dapat pulang ke Malaysia dengan segera,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.