Turki larang warga emas keluar rumah

Iklan
Turki

ANKARA - Penduduk Turki yang berusia lebih 65 tahun dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan keluar rumah di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

"Menjelang tengah malam hari ini, penduduk berusia 65 tahun ke atas dan menghidap penyakit kronik dilarang keluar rumah dan berada di kawasan umum termasuk taman rekreasi," menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Iklan
Iklan

Kumpulan khas akan diwujudkan untuk membantu golongan berkenaan memenuhi keperluan mereka di bawah penyelarasan gabenor di kawasan dan daerah masing-masing.

Turki Airlines turut menggantung perkhidmatan untuk penumpang berumur 65 tahun ke atas.

Iklan

Sementara itu, Turki turut mengumumkan pelaksanaan dan prosiding muflis ditangguhkan selepas Warta Rasmi berhubung perkara itu ditandatangani Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Turki kini mencatatkan 947 kes Covid-19 dengan 21 kematian. - Bernama

Iklan