Bot terbalik, warga emas dikhuatiri lemas

Iklan
Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan. - Foto Sinar Harian

MACHANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas botnya dipercayai terbalik ketika memancing di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Sungai Bagan, Pulai Chondong, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.

Mangsa, Amran Awang, 60, dikatakan keluar memancing seorang diri ketika kejadian.

Iklan
Iklan

Anak saudara mangsa, Mohd Saufi Abdul Majid, 40, berkata, kehilangan Amran diketahuinya selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga dalam grup WhatsApp.

"Sejurus mendapat tahu, saya terus ke lokasi kejadian dan gerakan mencari serta menyelamatkan sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat," katanya.

Iklan
Iklan