Tiada sekatan aktiviti rantaian bekalan, pemasaran makanan

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengesahkan tiada sebarang sekatan dalam aktiviti rantaian bekalan dan pemasaran makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, aktiviti pertanian, penternakan, perikanan, akuakultur dibenarkan untuk terus beroperasi bagi memastikan bekalan daging, sayur-sayuran, buah-buahan serta hasil perikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti itu dibenarkan dengan syarat pengeluar mematuhi langkah-langkah sanitasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran makanan termasuk segala input pertanian dan makanan ternakan dibenarkan beroperasi seperti sedia kala.

Iklan

"Ini bagi memastikan bekalan produk-produk penting dan kritikal yang dikeluarkan oleh petani, nelayan dan penternak sampai kepada pengguna dalam tempoh masa dan dan dalam keadaan yang sempurna," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ronald berkata, premis dan kilang yang menyokong rantaian bekalan makanan yang berkaitan dan ditakrifkan sebagai kritikal dibenarkan beroperasi dengan penugasan pekerja di tahap minima.

Iklan

"Pihak industri ini juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah saringan dan pencegahan wabak koronavirus (Covid-19) wajib dilaksanakan di peringkat syarikat demi keselamatan pekerja dan pelanggan," ujarnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Pemantauan Krisis Covid-19 di talian hotline 03 - 8870 1307 / 1663 / 1664 atau emelkan kepada bilikgerakan@moa.gov.my. - Bernama