Covid-19: Kematian di Indonesia meningkat kepada 48 kes

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Antara

JAKARTA - Langkah tambahan kawalan dan perbatasan pergerakan akan dikuatkuasakan selama dua minggu mulai esok ke atas kota Jakarta, kawasan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia ketika ini.

Sehingga tengah hari ini, kes kematian di Indonesia akibat virus Covid-19 meningkat kepada 48 kes termasuk 29 yang berlaku di Jakarta.

Iklan
Iklan

Jurucakap kerajaan Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, langkah tambahan pembatasan dan kawalan pergerakan di Jakarta itu akan menyaksikan frekuensi perkhidmatan pengangkutan awam dikurangkan dan waktu operasi terhad dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Selain itu ia turut meliputi kawalan jumlah penumpang, penekanan kepada aspek 'jarakan sosial;, penutupan pusat hiburan dan pelaksanaan sepenuhnya konsep bekerja dari rumah di sektor-sektor yang tidak kritikal.

Iklan

Jakarta mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 514 kes berbanding 450 semalam memabitkan 29 kematian, diikuti Jawa Barat (9), Jawa Tengah (3), Banten (3), Bali (2), dan masing-masing satu kes di Jawa Timur dan Sumatera Utara.

Ketika ini lebih 600,00 warga Indonesia dikhuatiri berisiko positif virus Covid-19.

Iklan

Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif boleh atau berkemungkinan meningkat dengan drastik berdasarkan 'pengesanan kontak' mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini.

Pihak berkuasa Indonesia turut melakukan semburan nyahkuman di kawasan-kawasan tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai sebelum ini, antaranya jalan utama di Kota Jakarta, Jalan Sudirman dan kawasan Monumen Nasional (Monas).

Wisma Atlet Kemayoran (Perkampungan Sukan Asia 2018) berkapasiti 15,000 orang akan beroperasi sebagai hospital sementara dan pusat kuarantin Covid-19 di Indonesia bermula esok.

Pada 14 Mac lalu, pemerintah Jakarta hanya menguatkuasakan penutupan sekolah, pusat pengajian tinggi, tempat- tempat ibadat, pusat-pusat pelancongan serta melarang perhimpunan berskala besar, selama dua minggu bermula 15 Mac hingga 29 Mac ini dan akan dinilai semula peraturan itu mengikut keadaan semasa.

Pada 20 Mac pula, Gabernor Jakarta Anies Baswedan mengumumkan 'status tanggap darurat bencana Covid-19' bagi mengawal penularan Covid-19 dengan menguatkuasakan langkah kawalan dan pembatasan baharu. - Bernama