16,000 ujian Covid-19 setiap hari menjelang April

Iklan
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia akan menambah kapasiti kemampuan jumlah ujian PCR (Polymerase chain reaction) bagi kes koronavirus (Covid-19) sehingga 16,000 kes sehari berbanding 3,500 kes sehari pada masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti berkenaan akan ditingkatkan kepada 7,000 sehari pada minggu depan dan 16,000 pada April.

Iklan
Iklan

Menurutnya, makmal ujian bagi kes Covid-19 juga akan dikembangkan membolehkan kes jangkitan virus itu dikenal pasti.

"Setakat ini kita ada 23 makmal termasuk lima makmal swasta. IMR telah melatih makmal-makmal seperti angkatan tentera dan dua universiti. Kita akan kembangkan ujian tersebut di universiti dan makmal-makmal lain.

Iklan

"Setakat ini kita boleh menguji 3,500 kes sehari dan akan meningkat kepada 7,000 pada minggu depan dan 16,000 sehari pada April.

"Apabila kita ada kemampuan untuk ujian jadi kita akan uji untuk mengesan...bila sah baru kita asingkan untuk kita beri rawatan," katanya pada sidang media Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pendekatan bersasar sedang dilaksanakan oleh pihaknya di peringkat lokaliti dan daerah dalam mengenal pasti pesakit dalam siasatan (PUI) dan kontak rapat.

Malah, katanya, sehingga kini terdapat pertambahan enam lagi hospital hibrid yang akan membantu menampung jumlah kes positif Covid-19 yang dijangka terus meningkat.