Pemancing dikhuatiri lemas

Iklan
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa di sungai Kampung Sungai Perahu, Sik. - Foto ihsan JBPM

ALOR SETAR - Seorang pemuda yang keluar memancing seorang diri dikhuatiri lemas apabila tidak pulang ke rumah di Kampung Sungai Perahu di Sik semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi menyelamat masih diteruskan oleh Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA).

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa, Muhammad Shukri Abd Wahab, 20-an, dipercayai keluar dari rumahnya kira-kira jam 4 petang untuk memancing dengan menaiki bot berenjin.

"Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah dan keluarganya mengambil keputusan untuk mencarinya di sungai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi mereka mendapati hanya bot dan peralatan memancing mangsa masih berada di situ.

"Ahli keluarga kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Sik untuk mendapatkan bantuan mencari dan menyelamat mangsa.

Iklan

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan bot penyelamat dengan menggunakan teknik surface searching," kata beliau.