Ada kejutan pada pemasyhuran Sultan Pahang ke-6

Iklan
Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

PEKAN - Pemasyhuran Tengku Abdullah Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke-6 akan melakar sejarah apabila laungan Allahu Akhbar akan berkumandang di Istana Abu Bakar ketika istiadat itu berlangsung esok.

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah berkata laungan Allahu Akhbar sebanyak tiga kali akan mengiringi laungan daulat tuanku juga sebanyak tiga kali.

Iklan
Iklan

"Laungan Allahu Akhbar merupakan permintaan sendiri Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah yang mahukan laungan itu diiringi dengan laungan daulat Tuanku,"katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Tengku Abdul Rahman berkata kira-kira 1,500 tetamu dijangka hadir dan 800 daripadanya akan berada di Balairung Istana Abu Bakar bagi menyaksikan majlis pemasyhuran itu.

Iklan

Baginda memaklumkan, tetamu kalangan kerabat Diraja Pahang, orang kenamaan, ketua-ketua jabatan dan rakyat Pahang akan menyaksikan majlis pemasyhuran penuh istiadat itu.

"Semua sudah siap sedia...Insya-Allah semua selamat semoga esok dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Iklan

"Seingat saya (istiadat) pemasyhuran ini berlangsung dahulu lebih 40 tahun, memang sudah jadi adat. Selalunya pemasyhuran (diadakan) selepas kemangkatan (Sultan Pahang), jadi kita kena readjust (atur kembali)...tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar,” katanya.

Tengku Abdul Rahman turut mengesahkan bahawa Padukan Ayahnda Sultan Ahmad Shah tidak dapat berangkat pada istiadat pemasyhuran esok atas faktor tertentu.