Petani, peladang dinasihat elak pembakaran terbuka

Iklan

KENINGAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Keningau meminta petani dan peladang di daerah ini tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan musim panas yang melanda negeri ini sekarang.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Keningau Yuszaimi Hairul Azwan Juatan berkata Jabatan Meteorologi Sabah menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan di negeri ini berterusan sehingga Mac.

Iklan
Iklan

"Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan termasuk kalangan petani dan peladang .

"Jika ingin melakukan pembakaran untuk tujuan membersihkan ladang perlu mendapat nasihat daripada Bomba bagi mengelak kemungkinan berlaku kebakaran,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau juga menasihat orang ramai supaya tidak kerap berada di kawasan terbuka bagi mengelak dehidrasi atau stroke haba, selain memperbanyakkan meminum air kosong sama ada di siang hari atau malam. - Bernama