Plaza Tol Pantai (A) ditutup sehingga 31 Mac

Iklan
Pengguna lebuh raya akan dilencongkan ke Plaza Tol Pantai (B) berikutan penutupan Plaza Tol Pantai (A).

KUALA LUMPUR - Plaza Tol Pantai (A) Hubungan Kerinchi, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) akan ditutup sementara kepada pengguna sehingga 31 Mac ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, penutupan plaza tol arah utara dan selatan itu dilaksanakan bermula hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan Plaza Tol Pantai (B) untuk ke destinasi yang dituju.

"Penutupan itu selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan selain langkah proaktif pihak kami membantu pihak kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan

"Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan.

"Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Mainkan peranan anda. Bersama-sama kita bendung penularan wabak ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan