JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menetapkan aktiviti premis perniagaan hanya dibuka mengikut tempoh baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penyebaran koronavirus (Covid-19).
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, premis perniagaan yang dibenarkan sebelum ini seperti kedai makan, kedai serbaneka dan kedai runcit hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam.