PELAKON, Betty Rahmad dan suaminya, Ardy Damis kini sama-sama berkongsi debaran menanti kelahiran cahaya mata lelaki sulung mereka.
Menerusi akaun Instagram Betty, adik kepada sutradara Erma Fatima dan pelakon Datin Umie Aida ini sempat berkongsi ucapan romantis buat suami tercinta.
"Mengira hari buat kami bertemu hero kecil kami. Insya ALLAH. Saya tidak dapat lakukan semua ini tanpa lelaki ini.
"He has been my absolute rock & greatest support. Love you suamiku. Syukur alhamdulillah," tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Betty juga sempat menyampaikan ucapan terima kasih buat peminat dan pengikut Instagramnya yang sentiasa mendoakannya selama ini.
"Terima kasih yang selalu doakan kami. Love you!!! May Allah bless you with all the happiness & love in the world. Amin.. Bismillah," ujarnya berserta tanda pagar #bettyanddamis #bettyanddamisjunior
Betty, 37, mendirikan rumah tangga dengan Ardy, 32, pada 4 Februari 2017, selepas beberapa tahun bercinta.
Enam bulan selepas mendirikan rumah tangga, Betty menyampaikan berita gembira mengenai kehamilannya yang memasuki usia tiga bulan.
Tidak berselindung mengenai jantina anaknya, pelakon yang juga usahawan ini turut mengumumkan hamil anak lelaki pada majlis baby shower yang diadakan baru-baru ini.