Tanah runtuh: Mayat mangsa pertama tertimbus dikeluarkan

Iklan
Mangsa pertama berjaya dikeluarkan dari lokasi runtuhan.

SUNGAI PETANI- Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Jerai, petang semalam ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat kira-kira jam 10.49 pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Sayani Saidon berkata, mayat pertama berkenaan, Roslan Saidin, 52, telah berjaya dibawa keluar dari lokasi tertimbus lebih kurang jam 11.25 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerja pencarian adalah menggunakan dua buah eskavator bagi menstabilkan tanah dan melebarkan jalan masuk untuk memudahkan pencarian.

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan dari lokasi runtuhan.

"Selain anggota dari Balai Bomba Guar Cempedak yang terlibat, kita juga menggunakan bantuan Unit pengesan anjing JBPM dan Special Tactikal Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM) untuk kerja menggali dan mengorek bagi mengeluarkan mangsa pertama.

Iklan

"Kini fokus untuk melakukan kerja pencarian mangsa kedua, dalam masa sama pergerakan sentiasa diawasi bagi mengelakkan pergerakan tanah sekiranya berlaku runtuhan kedua,"katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Dua individu dikhuatiri tertimbus

Iklan

Mangsa tertimbus dipercayai pencari emas